Sunday, November 6, 2011

aq JER yang betul.....

Pernah di suatu hari yang mana aku terbace sebuah kisah peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah yakni setelah berlakunya pembukaan kota makkah...sebagaimana yang kita maklum fathul makkah ini telahpun meruntuhkan usaha kafir quraish yang menyerang nabi dan para sahabat selama 21 tahun lamanya...

Peperangan tersebut adalah ghazwah hunain....ironinya kisah ini telah memberi pengajaran yang cukup bermakna bagi manusia yang kononnya bergelar seorang daie dan ingin melebarkan sayap jajahan ....peperangan ini merupakan pertembungan di antara tentera bani hawazin dan tentera islam yang dipimpin oleh Rasulullah...tentera hawazin ini diketuai oleh YB Malik bin Aus yang mane merupakan seorang pemuda yang kuat dan gagah...sewaktu pemerintahannya,masih lagi bernyawa dan menghirup udara yang segar pemimpin sebelumnya iaitu yang berbahagia Datuk Duraid as Simmah...

Dipendekkan cerita maka berlakulah pertempuran di antara dua pihak ini...ke arah menuju kekalahan maka yb malik bn aus mengeluarkan arahan untuk mmbawa keluar semua wanita –wanita cantik serta harta milik kerajaan malik bin aus dengan harapan tentera umat islam akan berpaling tadah...ternyata sangkaan itu meleset...tentera umat islam yang cintanya berbuak-buak kepada Allah dan Nabinya tidak mudah layu dengan tajaan sedemikian..

Padahal datuk duraid telahpun berpesan kepada malik bin aus yang mana pesanannya berbunyi ;

“tidak ad apa pun yang dapat menewaskan tentera nabi Muhammad ketika itu”

Walaubagaimanapun,perkara ni tidak dihiraukan oleh malik bin aus dek kerana merasakan pandangan dia sahaja yang betul....malahan ,diceritakan bahwa malik bin aus tidak menerima pandangan si duraid kerna takut nanti rakyatnya akan mempersoalkan kewibawaan beliau yang menerima pakai pandangan duraid yang tua sedangkn malik seorang pemuda yang kuat....

Beberapa iktibar yang boleh kita renungi bersama sebenarnya....tetapi sukalah saya pada kali ini untuk menarik perhatian tentang sikap malik bin aus yang hanya beranggapan pendapat beliau sahaja yang betul....manakala pandangan yang di utara oleh orang yang lebih berpengalaman dilemparkan di tepian semata-mata....

Besarlah harapan saya pada kali ini agar perangai serta tabiat sebegni hendaklah benar-bnar dijauhi...lambakan idea di dunia yang beraruskan maklumat di hujung jari kini hendaklah diterima dan dipandang dengan pelbagai sudut agar kesemua maslahah dapat diambil...
Pabila kesemua pandangan di ambil,maka disana lah berperanan sistem syuro yang di amalkan sejak 1400 tahun dahulu...setelah diputuskan sesuatu perkara ,maka wajiblah diikuti dan di taati oleh semua pihak...

Sahabat seperjuangan sekelin,

Islam adalah suatu ajaran yang mudah sebenarnya...usahlah kita memayahkannya dengan menyempitkan cara berfikir dan menutup segala macam pintu penyelesaian...

Peringatan dan perkongsian untuk bersama......

Sekian...

Che Faizul Azhar bin Che Mat

SEJARAH kembali berulang.....

Salam 1 ummah...salam 1 malaysia...salam 1 akidah....salam aidiladha kepada seluruh umat islam serata dunia...hari ini dunia menyaksikan berbilion umat islam berpusu-pusu bergerak menuju ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji....didoakan moge mendapat haji mabrur dan selamat dunia akhirat...

Darsawarsa kesibukan manusia melayari bahtera dunia,kebelakangan ini dunia digemparkan dengan beberapa isu nasional dan tidak kurangnya dengan isu antarabangsa yang juga bisa menggugat keamanan sejagat.

Tidak kurangnya dengan berita tempoh hari digemparkan dengan tersungkurnya seorang pemimpin yang digeruni yahudi dan juga nasrani.......diberi nama muammar gadaffi,pesiden Libya gerangan pemimpintersebut.... beliau yang mane mati ditembak oleh penentang kerajaan Libya di sebuah tempat persembunyian dilaporkan diseret mayatnya dijalanan oleh sebuah kereta...

Sedare sedari yang dihormati sekelian,

Pernah tidak kita terfikir sejenak sewaktu gadaffi maseh lagi bernyawa serta lantang menyuarakan isu – isu maslahah umat Islam di peringkat dunia termasuklah di dalam PERHIMPUNAN PBB,ramai manusia seluruh dunia mengutuk gadaffi seolah-olah beliaulah satu – satunya pemimpin yang tidak bertamadun...namun kita sedar atau tidak,sewaktu muammar tertiarap dek tembakan di kepalanya,berbondong-bondong manusia mula terkenangkan kehebatan pemimpin tersebut..

Jika mahu dibandingkan dasar kebajikan yang dibawa oleh gadaffi,memang tidak terlawan kerajaan malaysia kita yang cintai ini ...pernah terfikir di benak fikiranku ini,sekiranya pemimpin yang cukup menjaga makan dan minum rakyatnya dibunuh dengan sebegitu kejam,macam mana dengan pemimpin negara kite pula?adakah akan terus ditimang seperti sekor biawak yang sentiasa mengerit harta rakyatnya??????cuba fikirkan......

Pokoknya adalah peristiwa yang berlaku terhadap rakyat seisi Libya telahpun diulang tayang kembali...masih ingat kalian dengan peristiwa yang menimpa Presiden Saddam Hussin di suatu masa dahulu???

Sedarilah kalian bahawa kite hendaklah tidak mudah untuk mmpercayai dakyah yahudi yang sering mencari jalan agar umat islam menghadapi tekanan sesama sendiri..sekiranya ade ape yang kite curigai,maka cepat-cepatlah cari kebenaan di sebalik kecurigaan itu...bukankah Allah telahpun mengingatkan kite agar mencari bukti skiranya datang seorang fasik membawa berita???

Demikianlah jua seklian umat islam di semesta ini perlu disemai dengan sifat mawaddah yang lahir dari 3 rukun utama usrah iaitu taaruf,tafahum dan juga takaful...penghayatan dari pemahaman yang jitu akan melahirkan masyarakat madani seiring tuntutan duniawi dan ukhrawi....

Begitulah coretan yang dapat ditulis sedikit sebanyak berkenaan dengan pandang sisi yang berbeza terhadap ibrah kisah si MUAMMAR gadaffi...agar dengan perkongsian yang sedikit ini mampu membuahkan pelbagai intipati ilmu yang menarik di kemudian hari....

Sekian.....

Che Faizul Azhar bin Che Mat

Friday, September 2, 2011

alahai si PERMATE PALSU

Alahai Si Permate Palsu
Dirimu seorang agamawan di mata orang,
Ke hulu hilir telaah kitab bacaan,
Tapi kesian tidak ade penghayatan.

Alahai Si Permate Palsu,
Hadapan orang lain engkaulah bualan,
Bidang pidato engkaulah johan,
Tulisan di alam maya engkau paling mapan,
Soal perjuangan engkaulah terkehadapan,
Rumah ibadat posisi belakang imam,
Tapi kesianya itu hanyalah pade luaran,
Sebenarnya jahil murokkab meresap dalaman.

Alahai Si Permate Palsu,
Usahlah berpura-pura,
Solatpun kamu di bilik,
Subuhpun kamu lewat,
Hisap asap di merata,
Kancah hati yang merana,
Kelak nanti kamu ditertawa,
Mohon jauh dari dibinasa.

Alahai Si Permate Palsu,
Mase mu masih panjang,
Azamkan perubahan sekarang,
Baik dalaman mahupun luaran,
Mesti di puji tuhan.

Sekian,wassalam...
Che Faizul Azhar bin Che Mat

LAU KANA BAINANA

Selamat menyambut Hari Lebaran kepada kalian penggemar alam maya...Moge2 senantiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah hendaknya...
Sedare n sedari sekelian,
Hari ini dapat kita melihat ummat nabi Muhamad yang berbondong-bondong tumbuh banyaknya...melimpah ruah...bak kata pepatah melayu “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Diri ini teringat sabda Baginda yang jelas menyebut kepada kita yang ummatnya nanti hanyalah seperti buih di lautan tatkala petande akher zaman...pabila badai menerpa ,kesemua bebuih tersebut hilang hancur dilambung ombak deruan air...Allahu Akbar...perspektif akhir zaman yang di gambarkan sendiri oleh kekasih Allah Azzawajal..
Terdapat satu perkongsian yang ingin diceritakan sahabat sekelian..Suatu hari,pena dalam perjalanan menghadiri suatu majlis iftor yang diadakan oleh sebuah persatuan kebajikan.Diri ini dalam keadaan riang kerna dikelilingi oleh anak2 yatim yang akan diraikan di dalam majlis tersebut.
Tentatif yang menarik telahpun di atur..Sampailah ke agenda tayangan multimedia..Pada petang yang hujannye renyai membasahi bumi,para hadirin di hidangkan suatu tayangan yang berjudul Lau Kana Bainana.Maka penapun menumpukan perhatan sepenuhnya...
Tayangan tersebut menggambarkan bagaimana perasaan insan sekarang ini sekiranya Baginda disisi mereka...Allahu Taala A’alm...tak dapat nak digambarkan..Pabila ditemuramah seorang wanita arab yang sedang membeli belah di sebuah hypermarket tentang bagaimanakah perasaan beliau sekiranya diberi masa seminit untuk berjumpa dengan Rasulullah...Wanita tersebut tidak sempat mengukirkan bicara...air mata beliau yang bergenang pabila mendengar soalan tersebut telahpun menitis sujud ke bumi...Muslimat tersebut berkate beliau mahu Rasulullah membawanya lari dari dunia yang penuh tipuan ini sambil air mata dikesat dipipi....
Ya Allah...pena tersentuh dengan tayangan tersebut..susahnya ummat manusia kini untuk mengingati nabi walau sesaat sedangkan nabi dikala sakaratulmaut masih sempat untuk mengungkap perkataan ummati..
Tidak pernahkah kita cube untuk menyayangi nabi walau sesaat?andai kite diberi mase walau seminit untuk menemui nabi,apakah kite mampu untuk mendongak kepala untuk bertutur dengan baginda?ataupun kite belum sempat menuturkan esuatu,nabi sedahpun berpaling muka dan tidak mengaku kite sebagai umatnya...(mintak jauh)
Ya allah,diri ini lemah..tidak mampu untuk melawan nikmatnya dunia ini...hapuskanlah penyakit wahn dalam diri ini..jauhilah diri ini dari cintakan dunia dan takutkan mati...
Ya allah,andai hati yang ade dalam jasad ini telahpun berkarat dan mati,Engkau gantilah dengan qolbu yang baru..agar dapat ku semai perasaan cinta dan sayang kepada Mu dan kekasihMu jua....
Ya allah,ampunilah segala dosa hamba Mu ini...sesungguhnya hanya rahmat Mu lah mampu untuk mengizinkan diri ini menempuh onak duri dalam perjuangan ini.....ameen...
Nukilan di senja hari....
7.15 petang tanggal 31 Ogos 11
Che Faizul Azhar Bin Che Mat

Friday, August 12, 2011

‘once you get a chance,do the best and Allah will do the rest’


Rangkai kata ini selalu menjadi buahan pertuturan ana di kampus darsawara kini.Hal ini kerana berpandangan bahawa peluang yang datang itu hanya sekali dan beruntunglah bagi sesiapa yang menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Peluang yang bergolek itu merupakan suatu tarbiah yang di datangkan khas dari Allah untuk mengangkat darjat hambanya.Situasi ini menolak tanggapan bahawa umat islam hanya beretorik semata-mata kerana di dalam agama yang luhur ini di ajar untuk mempraktikkan segala ilmu yang ada.
Bag yang bergelar as daie,cukup rugi bagi yang mempunyai peluang dan posisi di mana mana organisasi tetapi meletakkan ia di dalam karung almari di dalam bilik.Cukup malang bagi orang yang meletakkan dirinya sebagai jundi mengambil sikap acuh tak acuh (a.t.a) dalam memberikan pandangan sisi terhadap isu yang digemburkan pada kali ini.
Pelbagai alasan diberikan pabila suatu tugas ataupun gerak kerja Islam di pundakkan dibahu seseorang yang ade peluang tetapi mengsia-siakan rahmat Allah tersebut.Dan tidak menjadi kehairanan sehingga ade yang membuat alasan “ish,banyak sanget kerja aku nie...inlah yang membuatkan aku teralpa terhadapperkara tarbiah”....sedare sekelian,tolonglah memahami hal tarbiah secara holistik dan bukanlah jumud bak lumut di permukaan longkang..
Tidak kurang hebatnya bagi orang yang mahu dikenaii sebagai penyokong mahupun pendokong agame Islam mempunyai sikap malas.hal sedemikian ini yang menyelubungi diri menjadikan seribu macam alasan untuk menjadikan peluang yang ade dibuang di tepian longkang chow kit.
Tuntasnya,jadikanlah diri kite menggunakan peluang yang ade didepan mata sebagai satu aset kita untuk beribadah,sebagai aset tarbiah,sebagai aset meningkatkan kemahiran diri dan yang palin penting sebagai aset untuk mendapat rahmat Allah Azzawajal bagi memenangi syurga Nya nanti.....akhir kalam ’hikmah itu keciciran orang mukmin,bagi yang menjumpainya,maka dialah orang beruntung’.
selamat beramal......anamuslim_58352yahoo.com
13 ogos 2011 2.50 pagi

"ko semangat lebih sangat lar..."

Salam mujahadah kepada semua yang mengenali diri ini..kaifa haluka ya ibadurrahman?
di kala rahmat tuhan yang mengiringi hujan di waktu pagi,tergerak hati yang kotor ini untuk menulis sedikit sebanyak pengalaman serta perkongsian yang tidak seberapa untuk menjadi tatapan semua.
sedara n sedari sekelian,
Pabila lidah yang tidak bertulang ini sering menuturkan hal-hal yang berkaitan perjuangan,tambah-tambah lagi kalu ade yang masih ‘fresh’ keluar dari kilang,fenomena semangat mendahului dari kefahaman menjadi suatu kebiasaan atau lebih parah lagi adalah menjadi adat seorang yang mahu digelar sebagai seorang daie(kononnya).
As syahid imam hassan al banna meletakkan kefahaman mendahului dari semangat seseorang.B,ukan bermakna dengan uslub sedemikian,ini bermakna bahawa pengasas ikhwanul muslimin ini menafikan kepentingan semangat sebagai antara aset yang perlu ada dalam perjuangan.Tambahan lagi,dengan semangat inilah,ramai warga muda yang mendokong perjuangan yang dipelopori oleh junjungan besar kita,Muhammad yang mulia.
Fenomena yang dperkatakan di atas bukanlah suatu kepelikan bagi mane-mane yang menjunjung kaedah berorgansasi...akibatnya,apabila keputusan diperingkat amal jamaie tidak bersetentangan dengan semangat seseorang,maka akan lahirlah bibit ‘silent protest’ walau di awalnya telahpun dibuka sedepa discussion tetapi tidak diraikan oleh yang bersemangat tadi...In the end,akan lahirlah the members of any club yang berprasangka terhadap pimpinan ..Akhirnya,manusia ini akan dijamah dengan penyakit ‘futur’...
Oleh itu,sukalah pena pada pagi ini untuk mengajak semua agar lebih memahami sesuatu perkara sebelum the actions takes place ini our life today...With understanding in all situasion,kita akan lebih positif dalam menilai sesuatu perkara malahan akan menggunakan pandangan ‘mata hati’ pada setiap masa...
Sekian.pena mengundur diri...
2.20 pagi / 13 Ogos 2011

Thursday, May 12, 2011

DO THE BEST N ALLAH DO THE REST

Syukur pade tuhan sekelian makhluk di atas keizinan kepade tangan cer citer pade pagi nie untuk membicarekan sedikit perkongsian untuk sahabat di luar sane....begini ceriternye...minggu lepas,setelah bermusafir melebihi dari 2 marhalah,cer citer berpeluang tuk ziarah umah sahabat di sebuah daerah di negeri selangor....daerah mane ekk???rahsia...di pendekkan cerita...cer citer sempat untuk berbual dengan abg sahabat cer citer yg mane di luar nampak biase,tapi di dalamnya tersimpan emas permata....peribaasa inggeris ade menyatakan "do not jugde the book by its cover"...hehe...speaking plak..abg shbt cer citer nie merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat anugerah dekan di suatu masa dahulu yakni di zaman kegemilangannya...sepanjang perbualan kami,dua perkare yang cer citer nak highightkan:
1.pertamenye,abg shbt cer citer menceritakan bagaimana keyakinan kepade Allah itu penting dari segalanya..menurutnya,beliau sering kali ditimpa kesusahan ketika zaman pembelajarannyya...akan tetapi beliau yakin dengan satu firman Allah taala yang bermaksud"jika kamu tolong agama Allah,maka Aku akan menolongmu malah akan memperkukuhkan kedudukan mu"..
2.pesanan beliau yang kedua adalah bagaimana beliau menasihatkan cer citer agar menggunakan kesempatan yang diberikan sebagai peluang kite untuk menjadi orang hebat....usahakan dahulu sehabis mungkin...insya Allah.tuhan mengenali mane hambanye yang berusaha...mulut beliau ade mnyebut "do the best and Allah will do the rest"
malahan,yang paling mengujakan cer citer adalah abg sahabat cer citer nie bukan lah orang yang mengambil pengajian di bahagian aliran agama...tetapi beliau adalah merupakan seorang jurutera...ternyata keyakinan terhadap tuhan dan prinsip2 agama melebihi diri orang agamawan sendiri...
di sini,cer citer ingin memesan kpd diri cer citer dan juga sahabat sekelian untuk meletakkan keyakinan yang tinggi pd Allah Taala...betape ramai yg gagal dalam idup setelah tidak mampu mengintepretasikan keyakinan kpd tuhan maha pencipta...
akhir kalam "gunekanlah kesempatan dikala kelebihan....jangan menyesal di kala kekurangan..."

Monday, May 9, 2011

Alhamdulilah...selesai beberape kerja hari ni...semua nie adlah kerana pertolongan Allah Taala..hari nie setelah lame cer citer menyendirikan diri mentafsirakn keadaan politik alam buana,maka di mase lapang yang terluang pagi yang hening nie cer citer nak mengutarakan sedikit perkongsian..beberape hari yg lalu,cer citer berkesempatan untuk menadah beberape mutiara kata dari seorang ustaz yg hebat orang...siapa name beliau x penting,tetapi yang pentingnya adalah ade sesuatu yg boleh cer citer kongsikan dgn sahabat sekelian..ceriter nyer bermula sebegini....al kisah..dalam Al-Quran ad menyebut yg bermaksud
"orang yg boleh dibuat kerja adalah orang yang kuat dan yang beramanah"
Dlam hal ni,ustaz tersebut menghuraikan kuat di dalam ayat tu dapat didefinisikan sebagai nilai kompetensi seseorang...kompetensi ini lah yg memungkinkan seseorang itu mampu ntuk bergerak maju pemikirannya sepantas pemikiran ahli thinkthanker yahudi...ye tak ye,macam mane nak melahirkan seorang muslim yg kompeten?
sahabat dan sahabiah sekelian,
Di dalam kompeten tedapat tige elemen utama yang dijadikan kayu pengukur ataupun dlm bhse inggerisnya adalah key of perfomances index bagi sesorang yg ngin menilai dirinya itu ad sifat kompeten atau tidak..prtamenye adalah knowledge...seseorang yang ingin diri disaingi ataupun mahu menyaingi orang hendaklah ade thaqofah yg mantap dalam hal duniawi mahupun ilmu ukhrawi...tambahan pula,elemen yg kedua adalh soft skill ataupun kemahiran...dasawarsa kini,tidak ramai yg berthaqofah mampu untuk mengimplementasikan ilmu yang sarat di dada dek kerane memandang enteng terhadap ilmu kemahiran...jesteru,hal ini perlu di seimbangkan dalam nak menyirat hidup yang penuh lumpur dan selut akhir zaman la ni...last sekali,elemen yang ketiga adalah capabale yang boleh di takrifkan sebagai mampu untuk buat ap yang keluar dari mulut sesorang yang komepetensi...dalam surah As-Soff,Rabbul Jalil ad befirman yg ber,maksud "besar kemurkaan Allah bagi mane2 yang hanya becakap tetapi hancur perlaksaannya".maka,dengan ade nyer perkongsian tiga elemen tentang bagaimana nak lahirkan sifat2 yang kompetensi dalam dri kite,marilah same kite amalkan dalam kehidupan seharian...akhir kalam,kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi...he eh..cer citer..jumpe lagi....

Monday, March 21, 2011

RISIK CUTI SEMESTER

Salam perjuangan kepada semua siswa san siswi Darul Quran, pertama dan selamanya marilah sama-sama kita merafatkan kesyukuran kita kepada Allah Taala kerana diberi peluang untuk bersua muka di dalam teknologi maya yang serba canggih ini. Di samping itu, janganlah alpa kepada jasa dan pengorbanan junjungan besar nabi Muhammad di dalam memasakkan agama Islam di dunia yang fana ini.

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Bersempena musim cuti semester ini khususnya kepada siswa dan siswi diploma, ana menyeru diri ana dan sahabat sekelian agar mengisi masa yang terluang dalam segenap peluang dengan perkara yang berfaedah.

Di kesempatan ini juga, ana menyarankan kepada kita semua untuk merenungkan satu peringatan khas dari seorang ulama’ sufi yang bernama Ibnu ‘Atoillah yang ada menyebut:

“Dua tanda hati yang mati, iaitu:

· Bila seseorang itu membuat maksiat, maka hatinya tidak merasa menyesal.

· Manakala bila seseorang itu terlepas dari melakukan sebarang amalan, maka dirinya tidak merasa sedih.”

Ikhwan dan akhowat sekelian,

Marilah bersama menjaga hati kita ini dari terus dibelenggu kehitaman maksiat, sesungguhnya sakit anggota lain rakan taulan ketahui, tapi sakitnya hati kita tiada siapa yang erti melainkan diri kita dan Allah taala. Teruskanlah sirami hati kita dengan selalu iadah al-Quran, berzikir kepada Allah dan pelbagai lagi amalan lain yang mampu mengilatkan lagi hati yang karat itu.

Akhir kalam, gunakanlah kesempatan untuk kebaikan dan jadikanlah lapangan cuti ini untuk mengislahkan diri kita sendiri disamping untuk melaksanakan ‘amar makruf wa nahyu munkar’.

Sekian, terima kasih, asssalamualaikum.

“bersama menerajui perubahan”

Ke arah pembentukan generasi al-quran yang unik”

Che Faizul Azhar bin Che Mat

Yang Dipertua PERKEMAT 10/11

KHABAR DARI UFUK TIMUR

Salam Suara Mahasiswa kepada semua pelayar teknologi alam maya . Semoga dalam keadaan yang yang baik sentiasa. Hari ini saya mengajak semua untuk bersama-sama merafatkan kesyukuran kita kepada Rabbul Jalil kerana berada dalam ‘environment’ yang aman tanpa sebarang musibah dan bala petaka. Malahan, perjuangan kekasih Allah yang bernama Muhammad juga haruslah direnung kembali sebaiknya kerana tanpa baginda, boleh jadi hari ini kita hidup tanpa arah tujuan yang hakiki ke arah mardhatillah.

Saya disini mewakili suara huffaz bumi barakah Darul Quran ingin menyatakan ucapan takziah PERKEMAT DQ kepada semua warganegara matahari terbit di atas cobaan dari Allah Taala ke atas diri kalian. Sebagaimana yang kita maklum gempa bumi yang melanda Negara Jepun sekuat 8.9 pada skala richter (dalam laporan berita sebuah televisyen pada 13 mac 2011, kajian terbaru membuktikan gegaran gempa bumi adalah sekuat 9 pada skala richter)telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan diikuti pula dengan petaka tsunami besar yang mengakibatkan kemusnahan teruk dan ratusan terkorban di wilayah timur Jepun.

PERKEMAT Darul Quran mendoakan agar warga Malaysia yang berada di sana akan berada dalam keadaan yang baik terutamanya yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori yang teruk dilanda gempa bumi di Jepun. Di samping itu,PERKEMAT DQ juga mendoakan mahasiswa di sana (menurut satu laporan sebuah akhbar menyatakan 43 orang di University Miyagi, 18 orang di Iwate dan 6 orang di Aomori) dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Kejadian sebegini mengingatkan kita kepada kehebatan kekuasaan Allah Taala. Sebuah televisyen dalam laporannya menyatakan sehebat mane pun rekaan bangunan di negara Jepun dalam menyerap tekanan gempa bumi, akan tetapi Allah lebih canggih dan kemas perancangannya. Bangunan yang dapat menyerap tekanan gempa bumi itu tidak mampu untuk menahan ombak yang deras setinggi 10meter (Tsunami).

Oleh itu, beringatlah sebelum melakukan sesuatu kerana di sebalik perbuatan itu ada kesan natijahnya yang tersendiri. Sama-sama untuk kita baiki diri. Jadikan perkara ini sebagai peringatan bersama untuk kita keluarga PERKEMAT DQ.

Sekian, terima kasih, assalamualaikum.

“bersama menerajui perubahan”

“ke arah pembentukan generasi al-Quran yang unik”

Che aizul Azhar bin Che Mat

Yang Dipertua PERKEMAT 10/11

Tuesday, January 11, 2011

Renungan Kata-Kata Ulama


Berkata Imam Syafie.
من تعلم القران عظمت قيمته، ومن نظر في الفقه نبل قدره، ومن تعلم اللغة رق طبعه، ومن تعلم الحساب جزل رأيه،ومن كتب الحديث قويت حجته، ومن لم يصن نفسه لم ينفعه علمه.
Terjemahan: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan nilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.




Berkata sebahagian ulama.

العلم رفيع المقام،شديد المرام، بطيء اللزام، لا يرى في المنام، ولا يورث عن الاباء والأعمام،فإنه شجرة تغرس في النفس، وتسقى بالدرس،ويحتاج طالبه إلى زيادة تعب وإدامة سهر، أفيظن من يقطع نهاره بالجمع وليله بالجماع أن يخرج بذالك فقيها؟ هيهات هيهات.
Terjemahan: Ilmu itu tinggi kedudukanya,satu matlamat yang cukup mencabar untuk mendapatkannya,memakan masa dan perlahan di dalam mencapainya, tidak boleh dilihat di dalam mimpi,tidak boleh diwarisi daripada ayah-ayah atau bapa-bapa saudara, ilmu adalah ibarat pokok yang perlu di tanam di dalam jiwa,disirami dengan mempelajarinya, penuntut ilmu berhajat kepada curahan tenaga yang lebih dan berjaga malam, apakah sesorang yang diwaktu siang dia berlepak-lepak dan di waktu malam dia bergaul atau berseronok dengan isteri dia menyangka dia akan menjadi faqih atau alim yang besar? Amat jauh sekali,amat jauh sekali.