Monday, March 21, 2011

KHABAR DARI UFUK TIMUR

Salam Suara Mahasiswa kepada semua pelayar teknologi alam maya . Semoga dalam keadaan yang yang baik sentiasa. Hari ini saya mengajak semua untuk bersama-sama merafatkan kesyukuran kita kepada Rabbul Jalil kerana berada dalam ‘environment’ yang aman tanpa sebarang musibah dan bala petaka. Malahan, perjuangan kekasih Allah yang bernama Muhammad juga haruslah direnung kembali sebaiknya kerana tanpa baginda, boleh jadi hari ini kita hidup tanpa arah tujuan yang hakiki ke arah mardhatillah.

Saya disini mewakili suara huffaz bumi barakah Darul Quran ingin menyatakan ucapan takziah PERKEMAT DQ kepada semua warganegara matahari terbit di atas cobaan dari Allah Taala ke atas diri kalian. Sebagaimana yang kita maklum gempa bumi yang melanda Negara Jepun sekuat 8.9 pada skala richter (dalam laporan berita sebuah televisyen pada 13 mac 2011, kajian terbaru membuktikan gegaran gempa bumi adalah sekuat 9 pada skala richter)telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan diikuti pula dengan petaka tsunami besar yang mengakibatkan kemusnahan teruk dan ratusan terkorban di wilayah timur Jepun.

PERKEMAT Darul Quran mendoakan agar warga Malaysia yang berada di sana akan berada dalam keadaan yang baik terutamanya yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori yang teruk dilanda gempa bumi di Jepun. Di samping itu,PERKEMAT DQ juga mendoakan mahasiswa di sana (menurut satu laporan sebuah akhbar menyatakan 43 orang di University Miyagi, 18 orang di Iwate dan 6 orang di Aomori) dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Kejadian sebegini mengingatkan kita kepada kehebatan kekuasaan Allah Taala. Sebuah televisyen dalam laporannya menyatakan sehebat mane pun rekaan bangunan di negara Jepun dalam menyerap tekanan gempa bumi, akan tetapi Allah lebih canggih dan kemas perancangannya. Bangunan yang dapat menyerap tekanan gempa bumi itu tidak mampu untuk menahan ombak yang deras setinggi 10meter (Tsunami).

Oleh itu, beringatlah sebelum melakukan sesuatu kerana di sebalik perbuatan itu ada kesan natijahnya yang tersendiri. Sama-sama untuk kita baiki diri. Jadikan perkara ini sebagai peringatan bersama untuk kita keluarga PERKEMAT DQ.

Sekian, terima kasih, assalamualaikum.

“bersama menerajui perubahan”

“ke arah pembentukan generasi al-Quran yang unik”

Che aizul Azhar bin Che Mat

Yang Dipertua PERKEMAT 10/11

No comments:

Post a Comment