Friday, June 14, 2013

ALLAH ITU DEKAT …

Bismillah pembuka bicara…. Salamullah a’alaik sebagai pemanis kata… “ saudara, benarkah Allah itu sayang akan hambaNya?” “benar wahai saudaraku.” “apa bukti akhi?” “erm…. Banyak pendapat tu…” tertunduk pak alim memikirkan analogi yang mudah difahami bagi golongan muda. Dialog di atas sengaja diungkapkan bagi menggambarkan fenomena seorang anak muda yang tercari-cari apakah erti menjadi hamba Allah. Lalu timbul di benak hati tempat takungan buah idea apakah menjadi hamba dalam agama sama nilainya dengan pekerja dalam sesebuah kompani?? Bekerja siang dan malam tanpa sebarang perasaan??? Benarkah cinta Allah itu??? Gi manakah ingin untuk mengenali cinta Allah??? Samakah cinta sesame manusia dengan cinta kepada Allah?? Ayuh Kita Kongsikan Bersama… Kekadang hidup ini direntasi masa yang amat pantas. Di sekeliling masa itu berlalu bersamanya tamadun yang kian berubah mengikut waqi’nya. Namun manusia masih lagi belum puas dalam hidup. Bagi manusia, fiat money yang bernilai puluhan juta belum lagi memenuhi makna kehidupan. Maka kehidupan mereka tidak sebahagia yang disangkakan. Harta, wanita, dan pangkat hanyalah sekadar kepuasan sementara, bahkan hati mereka menjadi gusar senantiasa dibolak balik oleh tipuan mainan syaitan. Wujudkan Kebahagian Abadi??? Sememangnya wujud. Sebagaimana manusia yang mendirikan rumah tangga sering kali mengucapkan terminologi (kebahagian abadi) ini ketika hangat dilamun cinta usia remaja. Sudah tentu ketika lafaz ini diucapkan menggambarkan kebahagiaan yang amat walaupun mereka akan sedari bahawa kehangatan itu hanyalah secupak sementara kerana mereka bercinta sesame makhluk melaksana tanggungjawab fitrah insani. Selesai gambaran kebahagian secara analogi. Mungkin kita pernah terdengar gossip jalanan manusia especially artis tanah air yang berkahwin bukan main happening, tapi last sekali bercerai juga akhirnya… Inilah fitrah kebahagiaan dunia yang tiada kekal abadi. Berlainan dengan cinta yang bertongkatkan Tauhid. Cinta kepada Allah bersifat kekal dan disanalah tersimpan ketenangan yang abadi. Bukti Cinta Allah Kepada Hambanya Masakan manusia itu lupa akan setiap pemberian yang diberikan oleh Tuan pemilik bagi setiap yang ada di semesta termasuklah tubuh badan kita. Cuba bayangkan jika seminggu Allah tak hiraukan kita??? Mata yang berkelip, hidung yang menghirup oksigen, rambut dan kuku yang sentiasa panjang tanpa sepatah arahan dari kita itu adalah sebahagian dari kasih dan betapa mahabbahnya Allah terhadap insan yang bernama Saad, Ali dan seangkatan semanusia dengan mereka. Meskipun jasad yang kita pinjam dari Allah ini sering melakukan kesalahan, Allah masih lagi memberikan nikmatNya dengan harapan kita memandang kesemua itu dengan membesarkan keagungan Allah. Allah Tidak Ada Kaunter Dunia kini memerlukan pengesahan untuk meneruskan kehidupan yang serba fana’. Misalnya anak-anak yang ingin mendapat skim biasiswa mesti mendapatkan pengesahan dari pegawai yang berkedudukan di dalam masyarakat sebagai bukti. Ini sebagai contoh permintaan manusia sesame manusia (Minta pengesahan). Nak mintak dengan manusia kene ikut perangai manusia. Kalau permintaan melepasi office hours, sudah tentu kita kene balik dan datang lagi keesokkan ataupun mungkin minggu depan. X campur lagi dengan ragam manusia yang serba sibuk, memilih bulu dalam nak menolong dan pelbagai. Sama juga kita dengan Allah. Jika sesame manusia kita lagi meminta tolong, maka lagilah berhajat kita dengan Allah. Sedar mahupun tidak sedar, bukan kah kita selalu meminta Allah agar memimpin tangan kita agar menemui jalan sirotol mustaqim di dalam solat. Ironinya, Allah sentiasa membuka peluang kepada hambaNya untuk memohon sebarang permintaan bermula 12 tengah malam sehinggalah 24 jam selepasnya selama-lamanya. Tidak pernah kita mendengar bahawa hari ini Allah taala menutup kaunter, x nak layan permintaan hambanya dan sebagainya melainkan hambaNya itu sudah mendekati ajalnya. Ini menggambarkan medium hamba dengan si Penguasa begitu luas dan memang benar bahawa Allah itu dekat dengan kita. Sesibuk manapun Tuan kite yang mempunyai hamba berjuta billion x pernah pula meminggirkan kite ibarat seperti melukut di tepi gantang. Semuanya di layan di atas premis kasih sayang. Setiap hari kita still dapat makan, dapat berak dan kencing macam biasa, sekalipun kite sering melupakanNya walaupun kite masih belum memegang taklif. Jika dikupas dengan lebih konseptual, manusia nak meminta dengan manusia perlu menepati beberapa kondisi. Di antaranya, majoriti manusia meminta pertolongan dengan kenalan yang sudah dikenali dan rapat. Mana ada kita mintak sesuatu dengan seseorang baru kita kenal… malahan menteripun akan memperkenankan terlebih dahulu permintaan mereka yang rapat dengannya. Begitulah manusia. Perlu ada perasaan malu jika suruhan Allah di abaikan tapi terhegeh-hegeh menadah tangan kepada Allah memohon hajat dikala kesusahan? Sejauh mana rapatnya kita denganNya? Mungkin saudara pernah mendengar ayat ini di mana-mana skrip lakonan- “ Entahlah... Kenal pun tidak…. Tapi tup2x datang merengek kat depan pintu….hurm…” Tapi Allah sentiasa menyambut hambanya dengan rahmat. Dialog di atas hanya disandarkan pada manusia. Allah itu kekasih utama dan terakhir kita. Walaupun kita dah berdarah sebaldi, Allah tetap membuka pintu taubat kepada hambanya. Samalah seorang ibu yang sedang merawat anaknya yang parah kelukaan walaupun anaknya itu seorang yang degil (x makan saman). “hurm… kan mak da pesan… lain kali jangan buat lagi… meh sini mak sapu ubat.. kat mana sakit” “kat sini mak…” “bengkak nie… jangan banyak gerak… meh mak urutkan..” lantas emak melantunkan nyanyian dan si anak tadi tidur dalam keenakkan. Maka sekiranya manusia begitu kasih, inikan pula Allah yang membuat kita, yang menghadirkan perasaan sayang kepada kita. Maka Allah adalah segalanya-galanya… Wassalam.. Che Faizul Azhar bin Che Mat a.k.a Dr sayuthi junior… 15/6/2013….2.00 am pagi…