Sunday, November 6, 2011

aq JER yang betul.....

Pernah di suatu hari yang mana aku terbace sebuah kisah peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah yakni setelah berlakunya pembukaan kota makkah...sebagaimana yang kita maklum fathul makkah ini telahpun meruntuhkan usaha kafir quraish yang menyerang nabi dan para sahabat selama 21 tahun lamanya...

Peperangan tersebut adalah ghazwah hunain....ironinya kisah ini telah memberi pengajaran yang cukup bermakna bagi manusia yang kononnya bergelar seorang daie dan ingin melebarkan sayap jajahan ....peperangan ini merupakan pertembungan di antara tentera bani hawazin dan tentera islam yang dipimpin oleh Rasulullah...tentera hawazin ini diketuai oleh YB Malik bin Aus yang mane merupakan seorang pemuda yang kuat dan gagah...sewaktu pemerintahannya,masih lagi bernyawa dan menghirup udara yang segar pemimpin sebelumnya iaitu yang berbahagia Datuk Duraid as Simmah...

Dipendekkan cerita maka berlakulah pertempuran di antara dua pihak ini...ke arah menuju kekalahan maka yb malik bn aus mengeluarkan arahan untuk mmbawa keluar semua wanita –wanita cantik serta harta milik kerajaan malik bin aus dengan harapan tentera umat islam akan berpaling tadah...ternyata sangkaan itu meleset...tentera umat islam yang cintanya berbuak-buak kepada Allah dan Nabinya tidak mudah layu dengan tajaan sedemikian..

Padahal datuk duraid telahpun berpesan kepada malik bin aus yang mana pesanannya berbunyi ;

“tidak ad apa pun yang dapat menewaskan tentera nabi Muhammad ketika itu”

Walaubagaimanapun,perkara ni tidak dihiraukan oleh malik bin aus dek kerana merasakan pandangan dia sahaja yang betul....malahan ,diceritakan bahwa malik bin aus tidak menerima pandangan si duraid kerna takut nanti rakyatnya akan mempersoalkan kewibawaan beliau yang menerima pakai pandangan duraid yang tua sedangkn malik seorang pemuda yang kuat....

Beberapa iktibar yang boleh kita renungi bersama sebenarnya....tetapi sukalah saya pada kali ini untuk menarik perhatian tentang sikap malik bin aus yang hanya beranggapan pendapat beliau sahaja yang betul....manakala pandangan yang di utara oleh orang yang lebih berpengalaman dilemparkan di tepian semata-mata....

Besarlah harapan saya pada kali ini agar perangai serta tabiat sebegni hendaklah benar-bnar dijauhi...lambakan idea di dunia yang beraruskan maklumat di hujung jari kini hendaklah diterima dan dipandang dengan pelbagai sudut agar kesemua maslahah dapat diambil...
Pabila kesemua pandangan di ambil,maka disana lah berperanan sistem syuro yang di amalkan sejak 1400 tahun dahulu...setelah diputuskan sesuatu perkara ,maka wajiblah diikuti dan di taati oleh semua pihak...

Sahabat seperjuangan sekelin,

Islam adalah suatu ajaran yang mudah sebenarnya...usahlah kita memayahkannya dengan menyempitkan cara berfikir dan menutup segala macam pintu penyelesaian...

Peringatan dan perkongsian untuk bersama......

Sekian...

Che Faizul Azhar bin Che Mat

SEJARAH kembali berulang.....

Salam 1 ummah...salam 1 malaysia...salam 1 akidah....salam aidiladha kepada seluruh umat islam serata dunia...hari ini dunia menyaksikan berbilion umat islam berpusu-pusu bergerak menuju ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji....didoakan moge mendapat haji mabrur dan selamat dunia akhirat...

Darsawarsa kesibukan manusia melayari bahtera dunia,kebelakangan ini dunia digemparkan dengan beberapa isu nasional dan tidak kurangnya dengan isu antarabangsa yang juga bisa menggugat keamanan sejagat.

Tidak kurangnya dengan berita tempoh hari digemparkan dengan tersungkurnya seorang pemimpin yang digeruni yahudi dan juga nasrani.......diberi nama muammar gadaffi,pesiden Libya gerangan pemimpintersebut.... beliau yang mane mati ditembak oleh penentang kerajaan Libya di sebuah tempat persembunyian dilaporkan diseret mayatnya dijalanan oleh sebuah kereta...

Sedare sedari yang dihormati sekelian,

Pernah tidak kita terfikir sejenak sewaktu gadaffi maseh lagi bernyawa serta lantang menyuarakan isu – isu maslahah umat Islam di peringkat dunia termasuklah di dalam PERHIMPUNAN PBB,ramai manusia seluruh dunia mengutuk gadaffi seolah-olah beliaulah satu – satunya pemimpin yang tidak bertamadun...namun kita sedar atau tidak,sewaktu muammar tertiarap dek tembakan di kepalanya,berbondong-bondong manusia mula terkenangkan kehebatan pemimpin tersebut..

Jika mahu dibandingkan dasar kebajikan yang dibawa oleh gadaffi,memang tidak terlawan kerajaan malaysia kita yang cintai ini ...pernah terfikir di benak fikiranku ini,sekiranya pemimpin yang cukup menjaga makan dan minum rakyatnya dibunuh dengan sebegitu kejam,macam mana dengan pemimpin negara kite pula?adakah akan terus ditimang seperti sekor biawak yang sentiasa mengerit harta rakyatnya??????cuba fikirkan......

Pokoknya adalah peristiwa yang berlaku terhadap rakyat seisi Libya telahpun diulang tayang kembali...masih ingat kalian dengan peristiwa yang menimpa Presiden Saddam Hussin di suatu masa dahulu???

Sedarilah kalian bahawa kite hendaklah tidak mudah untuk mmpercayai dakyah yahudi yang sering mencari jalan agar umat islam menghadapi tekanan sesama sendiri..sekiranya ade ape yang kite curigai,maka cepat-cepatlah cari kebenaan di sebalik kecurigaan itu...bukankah Allah telahpun mengingatkan kite agar mencari bukti skiranya datang seorang fasik membawa berita???

Demikianlah jua seklian umat islam di semesta ini perlu disemai dengan sifat mawaddah yang lahir dari 3 rukun utama usrah iaitu taaruf,tafahum dan juga takaful...penghayatan dari pemahaman yang jitu akan melahirkan masyarakat madani seiring tuntutan duniawi dan ukhrawi....

Begitulah coretan yang dapat ditulis sedikit sebanyak berkenaan dengan pandang sisi yang berbeza terhadap ibrah kisah si MUAMMAR gadaffi...agar dengan perkongsian yang sedikit ini mampu membuahkan pelbagai intipati ilmu yang menarik di kemudian hari....

Sekian.....

Che Faizul Azhar bin Che Mat