Sunday, November 6, 2011

SEJARAH kembali berulang.....

Salam 1 ummah...salam 1 malaysia...salam 1 akidah....salam aidiladha kepada seluruh umat islam serata dunia...hari ini dunia menyaksikan berbilion umat islam berpusu-pusu bergerak menuju ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji....didoakan moge mendapat haji mabrur dan selamat dunia akhirat...

Darsawarsa kesibukan manusia melayari bahtera dunia,kebelakangan ini dunia digemparkan dengan beberapa isu nasional dan tidak kurangnya dengan isu antarabangsa yang juga bisa menggugat keamanan sejagat.

Tidak kurangnya dengan berita tempoh hari digemparkan dengan tersungkurnya seorang pemimpin yang digeruni yahudi dan juga nasrani.......diberi nama muammar gadaffi,pesiden Libya gerangan pemimpintersebut.... beliau yang mane mati ditembak oleh penentang kerajaan Libya di sebuah tempat persembunyian dilaporkan diseret mayatnya dijalanan oleh sebuah kereta...

Sedare sedari yang dihormati sekelian,

Pernah tidak kita terfikir sejenak sewaktu gadaffi maseh lagi bernyawa serta lantang menyuarakan isu – isu maslahah umat Islam di peringkat dunia termasuklah di dalam PERHIMPUNAN PBB,ramai manusia seluruh dunia mengutuk gadaffi seolah-olah beliaulah satu – satunya pemimpin yang tidak bertamadun...namun kita sedar atau tidak,sewaktu muammar tertiarap dek tembakan di kepalanya,berbondong-bondong manusia mula terkenangkan kehebatan pemimpin tersebut..

Jika mahu dibandingkan dasar kebajikan yang dibawa oleh gadaffi,memang tidak terlawan kerajaan malaysia kita yang cintai ini ...pernah terfikir di benak fikiranku ini,sekiranya pemimpin yang cukup menjaga makan dan minum rakyatnya dibunuh dengan sebegitu kejam,macam mana dengan pemimpin negara kite pula?adakah akan terus ditimang seperti sekor biawak yang sentiasa mengerit harta rakyatnya??????cuba fikirkan......

Pokoknya adalah peristiwa yang berlaku terhadap rakyat seisi Libya telahpun diulang tayang kembali...masih ingat kalian dengan peristiwa yang menimpa Presiden Saddam Hussin di suatu masa dahulu???

Sedarilah kalian bahawa kite hendaklah tidak mudah untuk mmpercayai dakyah yahudi yang sering mencari jalan agar umat islam menghadapi tekanan sesama sendiri..sekiranya ade ape yang kite curigai,maka cepat-cepatlah cari kebenaan di sebalik kecurigaan itu...bukankah Allah telahpun mengingatkan kite agar mencari bukti skiranya datang seorang fasik membawa berita???

Demikianlah jua seklian umat islam di semesta ini perlu disemai dengan sifat mawaddah yang lahir dari 3 rukun utama usrah iaitu taaruf,tafahum dan juga takaful...penghayatan dari pemahaman yang jitu akan melahirkan masyarakat madani seiring tuntutan duniawi dan ukhrawi....

Begitulah coretan yang dapat ditulis sedikit sebanyak berkenaan dengan pandang sisi yang berbeza terhadap ibrah kisah si MUAMMAR gadaffi...agar dengan perkongsian yang sedikit ini mampu membuahkan pelbagai intipati ilmu yang menarik di kemudian hari....

Sekian.....

Che Faizul Azhar bin Che Mat

No comments:

Post a Comment