Friday, August 12, 2011

‘once you get a chance,do the best and Allah will do the rest’


Rangkai kata ini selalu menjadi buahan pertuturan ana di kampus darsawara kini.Hal ini kerana berpandangan bahawa peluang yang datang itu hanya sekali dan beruntunglah bagi sesiapa yang menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Peluang yang bergolek itu merupakan suatu tarbiah yang di datangkan khas dari Allah untuk mengangkat darjat hambanya.Situasi ini menolak tanggapan bahawa umat islam hanya beretorik semata-mata kerana di dalam agama yang luhur ini di ajar untuk mempraktikkan segala ilmu yang ada.
Bag yang bergelar as daie,cukup rugi bagi yang mempunyai peluang dan posisi di mana mana organisasi tetapi meletakkan ia di dalam karung almari di dalam bilik.Cukup malang bagi orang yang meletakkan dirinya sebagai jundi mengambil sikap acuh tak acuh (a.t.a) dalam memberikan pandangan sisi terhadap isu yang digemburkan pada kali ini.
Pelbagai alasan diberikan pabila suatu tugas ataupun gerak kerja Islam di pundakkan dibahu seseorang yang ade peluang tetapi mengsia-siakan rahmat Allah tersebut.Dan tidak menjadi kehairanan sehingga ade yang membuat alasan “ish,banyak sanget kerja aku nie...inlah yang membuatkan aku teralpa terhadapperkara tarbiah”....sedare sekelian,tolonglah memahami hal tarbiah secara holistik dan bukanlah jumud bak lumut di permukaan longkang..
Tidak kurang hebatnya bagi orang yang mahu dikenaii sebagai penyokong mahupun pendokong agame Islam mempunyai sikap malas.hal sedemikian ini yang menyelubungi diri menjadikan seribu macam alasan untuk menjadikan peluang yang ade dibuang di tepian longkang chow kit.
Tuntasnya,jadikanlah diri kite menggunakan peluang yang ade didepan mata sebagai satu aset kita untuk beribadah,sebagai aset tarbiah,sebagai aset meningkatkan kemahiran diri dan yang palin penting sebagai aset untuk mendapat rahmat Allah Azzawajal bagi memenangi syurga Nya nanti.....akhir kalam ’hikmah itu keciciran orang mukmin,bagi yang menjumpainya,maka dialah orang beruntung’.
selamat beramal......anamuslim_58352yahoo.com
13 ogos 2011 2.50 pagi

No comments:

Post a Comment