Sunday, March 11, 2012

pelihare JIWE dan jage AKHLAK

Tanggal 10 mac 2012 yakni selepas solat zohor di masjid Darul Quran, pena mulakan langkah untuk meninggalkan bumi imtiyaz Darul Quran. Hati yang cukup sayu untuk meninggalkan sebuah lading tarbiah pasrah dengan putaran alam yang memerlukan setiap insane terus melangkah kehadapan.
Tidak ada ape yang boleh pena wariskan kepada generasi yang terkemudian kecuali beberapa perkongsian yang difikirkan wajar untuk direnungi bersama.
Isu biah solehah secara umumnyer masih terpelihara di kampus Darul Quran. Walaubagaimanapun, warga seisi di dalamnya tidak dapat menafikan keruntuhan aspek fardhu muslim yakni bekalan jiwa sesetengah dari kalangan pelajar Darul Quran amatlah dirisaukan. Pena suka untuk mengajak semua warga DQ supaya bersama-sama dengan PERKEMAT DQ untuk al-amr bil makruf wan nahy munkar. Ayuh kita decorate kampus ini agar tarbiah tumbuh segar melingkar dan harumannya itu dapat dihidu oleh warga KKB. Di samping itu juga, pena menyarankan agar diperhebat serta diperkasakan kembali bacaan mathurat setiap pagi dan petang, puasa isnin dan khamis, usrah, solat berjemaah di masjid, gerakan kejut subuh, iadah Quran dan juga pemakaian sunnah nabi s.a.w . I.Allah, kata mujadid Islam, apabila Islam itu sudah tertegak didalam jiwa setiap insane, pastikan akan tertegak daulah islamiah yang diimpikan.amin…..
Di samping itu juga, pena ingin mengajak kalian warga DQ untuk same2 menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Sesungguhnya akhlak adalah merupakan seni seseorang yang mampu mempengaruhi seseorang yang lain. Manakan tidak, dengan melihat tingkah laku kite sahaja orang lain sudah boleh menuturkan doa yang baik ataupun buruk.
Pengamatan pena berkenaan akhlak generasi Quran di kampus tidak ada masalah. Tetapi pena merasakan lebih chantek agar kite perkemaskannya lagi. Molek benar jika generasi yang ada sekarang di kampus beradab dengan Quran, beradab dengan pensyarah, beradab dengan abg2 maintanance,mak cik dan pak cik cleaner, staf dewan makan, beradab dengan senior, senior pula sayangkan junior dan pelbagai lagi adab2 yang Nampak pada mata hanyalah sekumit tetapi mampu memberikan sejuta erti kepada kehidupan.
Walaupun mencuri masa untuk menuturkan sesuatu di alam maya, pena amat mengharapkan agar perkongsian ini untuk same2 kite renungi di semua peringkat badges baik ahli yang dipimpin mahupun pimpinan yang sedang memimpin. Pena optimis bahawa jika kita menggemblengkan semua tenaga yang ada untuk memperkasekan biah solehah di kampus imtiyaz ini, I.Allah Darul Quran akan sifar dari kes2 kecurian, sifar dari najis burung, sifar dari masalah Quran, dan seterusnya bumi DQ akan terus gah di pandangan Allah S.W.T….
Sekian sahaja untuk kali ini…..inilah artikel yang pertama sesudah lama menyendiri melihat aksi serta gelagat di samping menganalisis data2 yang di peroleh….semoga artikel ini bermanfaat untuk semua…
“ bersama menerajui perubahan”
“bersama menjayakan inspirasi”
Che Faizul Azhar bin Che Mat

No comments:

Post a Comment