Thursday, March 15, 2012

Malaysia Di Ambang Qiyamat.....Keluh Sana Sini...

Keluhan sana sini kedengaran… La ni sering kali berlaku jenayah dalam kalangan masyarakat dalam negara kite.. Dimanakah hilang budi bahasa yang dikatakan sebati dengan umat Melayu???? Lalu persoalan mulai timbul di benak ini apakah benar yang dilaungkan oleh pemimpin atasan negara yang menyatakan negara kite adalah negara Islam? Kerana apabila negara itu mengamalkan cara pemerintahan mengikut acuan Islam, pastinya berlainan dengan apa yang berlaku dalam negara sekarang ini. Ataupun ianya hanya slogan di bibir semata-mata?
Longgokan kes kian mencurah-curah di bumi Malaysia yang tercinta. Kita mulakan bicara kita dengan kes pembunuhan budak bawah umur yang cukup meruntun hati. Kes yang terbaru yang berlaku sekitar bulan Mac tahun 2012 ini adalah merupakan jenayah membakar seorang budak yang bernama DIRANG yang dilaporkan hilang pada awal bulan lepas.. Kejadian ini mendapat liputan meluas seluruh media massa di dalam mahupun luar negara… Di tambah lagi jenayah rogol, pembunuhan, simbah cuka getah di muka serta pelbagai insiden-insiden yang merbahaya kerap kali memenuhi ruang dada akhbar selama ini…Emm, memang tidak selamat negara kite… Ape yang tidak kene??????
Bicare kes kedua kite pade hari ini diteruskan lagi dengan pelbagai laporan yang dibuat berkenaan salah laku pimpinan atasan negara… Baru-baru nie, suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil telahpun didakwa atas kesalahan rasuah menerusi projek NFC…
Malahan juga, pembaziran duit rakyat juga heboh di kalangan peminat alam maya apabila dikhabarkan First Lady of Malaysia telah menghabiskan sejumlah wang (katenyer RM400k semalaman) yang cukup banyak demi untuk kepuasan kroni dan perut sendiri…. Aduhai memanda perdana menteri, kenapa tidak dibela rakyat yang miskin??? yang hidup merempat??? yang memerlukan bantuan kesihatan??? anak-anak yang tidak cukup kewangan untuk melanjutkan pelajaran???
Tambahan lagi, laporan menyatakan apabila tiba hari kejadian, Pak Najib telahpun membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk majlis pertunangan anak beliau… Hadirin yang hadir diberi makanan lain tetapi untuk hidangan anak beliau dan bakal menantu adalah makanan yang berbeza dan yang pastinya harga untuk makanan mempelai sekeluarga adalah lebih mahal daripada hidangan hadirin biasa… Cukup berbeza dengan gaya yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kelantan yang menjadi pemimpin contoh seluruh asia mahupun dunia… Siapa lagi jika bukan Tuan Guru Nik Aziz. Tuan guru di dalam majlis-majlis besar pun hanya makan nasi ayam dalam polistrin yang berharga rm2.50 sahaja…(rujuk harakah daily..satu contoh untuk direnungi)..
Di samping itu, masyarakat terus dilitupi dengan mehnah media massa yang terus berasak demi mencapai kekayaan poket sendiri… Baik televisyen mahupun radio masing-masing tampil dengan aspek-aspek kejahilan yang menghantui masyarakat Malaysia terutamanya anak-anak muda… Sering kali terngiang di telinga kite ni berkenaan cerita hantu, gelak tawa berkenaan rancangan realiti tv ( raja lawak, maharaja lawak, maharaja lawak mega, spontan, super spontan, akademi fantasia, mentor ) dan pelbagai lagi yang membimbangkan kite kerana ianya bias menggugat jati diri anak muda yang bakal memimpin negara di suatu masa kelak…
Tidak cukup dengan itu, ekonomi negara terus diasak dengan kegawatan apabila baru-baru ini kedengaran syarikat penerbangan milik negara Malaysia mengalami kerugian yang dahsyat. Hal ini demikian kerana perkongsian syer saham dengan syarikat tambang murah Air Asia ternyata merugikan MAS dan sebaliknya menguntungkan Air Asia. Hari ini ramai veteran dalam Mas yang pernah berkhidmat dalam MAS dahulu tampil meminta agar kerajaan membatalkan balik perjanjian antara MAS dengan Air Asia pada tempoh hari. Kesemua ini datang dari cadangan kerajaan pusat yang kononnya nak menyelamatkan ekonomi penerbangan negara. Insiden nie sememangnye memalukan pengurusan dan pentadbiran negara kite.
Menyentuh sistem pemerintahan negara pula, Malaysia adalah satu-satunye negare yang diperintah oleh sebuah parti yang memonopoli selama 54 tahun. Suatu tempoh masa yang cukup lame. Walaupun begitu, semakin lame semakin banyak masalah yang timbul.
Ape yang diceritakn di atas hanyalah keluhan orang-orang awam yang mulai sedar kebobrokan kerajaan yang ada. Sifirnya cukup mudah. Apabila negara ditadbir dengan menggunakan agama, pasti akan memperoleh kejayaan dan begitulah sebaliknya. Apabila kerajaan yang sedia ada hanya berlatar belakangkan perjuangan bangsa maka rasuah, jenayah sosial, tipu daya politik, ekonomi meleset dan pelbagai masalah akan terjadi dek kerana nilai keberkatan yang kian pudar dalam sesebuah negara.
Oleh itu, ayuh kembali kepada perjuangan islam. I.Allah negara kite akan mendapat gelaran “Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghofur”
Anak Muda Tolak Umno!!!!!!

No comments:

Post a Comment