Wednesday, October 17, 2012

LET'S MAKE IT CLEAR

Salam sarjana buat kalian. Posisi selaku mahasiswa menilai belanjawan Negara yang telah diumum oleh perdana menteri kita, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, ayuh kita mulakan. Beberapa polisi serta key performance indicator perlu dinilai dari sudut orang muda. Adakah belanjawan ini mempunyai motif-motif yang berkepentingan? Apakah ianya menguntungkan rakyat Malaysia??? Ataupun sebenarnya menjatuhkan lagi nilai mata kite wang Malaysia di persidangan ekonomi sedunia???? Ayuh kita menerobos serba sedikit bajet Negara untuk tahun 2013. Pendapatan perkapita negara Dalam menggapai dan menuju ke dasar WAWASAN 2020 yang hanya berbaki tujuh tahun lagi, Negara Malaysia pada tahun ini telah mencatat pendapatan perkapita Negara (pendapatan yang boleh didapati oleh setiap rakyat dalam Negara mengikut kekayaan Negara (kredit to akh akram ikrami) ) sebanyak RM 30 070. Sedangkan mengikut aturan sebenarnya, sepatutnye pendapatan Negara pada tahun ini adalah RM 49 500. Lihat betapa jauhnye perbedaan di antara dua angka di atas. Di mana silapnye???? Rakyat yang menabung ataupun pemimpin yang berhemah di dalam membelanjakan wang Negara??? Dalam pada itu, kesempitan Negara ditambah lagi dengan pengumuman bajet Negara untuk tahun 2013 adalah melebihi dari pendapatan Negara. Sebagaimana yang kita tahu, sebanyak 215.6 billion telah dilancarkan sebagai belanjawan Negara bagi tahun 2013 yang mengcakupi lima aspek tumpuan, iaitu: 1. Pelaburan 2. Pendidikan dan latihan 3. Bidang inovasi 4. Konsolidasi fizikal dan perkhidmatan awam 5. Produktiviti Di samping itu juga, secara umumnya belanjawan ini juga di bahagikan kepada bidang pengurusan dan bidang pembangunan. Bagi bidang pengurusan sebanyak RM 201.9 billion telah pun dilaburkan yang sekaligus menjadikan wang belanjawan yang berbaki RM 49.7 billion diagihkan untuk aspek pembangunan. Sedar atau tidak, hal ini sebenarnya telah megundang defisit berlaku dalam ekonomi Malaysia. Hal ini demikian kerana pendapatan Negara hanyalah sekitar RM 190 billion. Ini bermakna Negara perlu berhutang bagi memenuhi keperluan bajet sesi 2013. Hutang inilah dinamakan sebagai defisit. Hutang Negara Tercinta 1 Malaysia Rakyat Malaysia hari ini termakan dengan momokan bahawa bajet pada kali ini adalah yang terbaik untuk meningkat mutu industri ekonomi negara. Padahal kalau disingkapkan hutang negara, maunye kite tergamam. Manakan tidak, hutang negara dilaporkan sudah mencecah RM 476.68 billion. Bukankah hutang ini tiga kali ganda dari pendapatan negara???? Pendek cerita, rakyat Malaysia perlu mengikat perut selama tiga tahun lebih untuk melunaskan hutang Negara(pemimpin korup, rakyat terbeban). Untuk pengetahuan kalian sekelian, kedudukan Negara dalam ranking persidangan ekonomi dunia adalah yang ke-25 (Ranking Negara kite telahpun jatuh dari nombor yang berbelas-belas). Pada masa yang sama, ranking ekonomi malaysia dikalangan Negara-negara yang ekonomimya seimbang, Malaysia turun beberapa anak tangga menjunam ke tangga 110. Kita tidak menafikan usaha-usaha baik kerajaan kononnya untuk menarik undi dalam pilihanraya umum ke 13 kelak. Tidak hairanlah ramai yang menganggap bajet kali ini adalah seakan-akan bajet gula-gula. Bak kata dr zaharuddin (pakar ekonomi Negara, mantan presiden GAMIS ), beliau mengatakan jika bias bukan setakat gula-gula yang perlu diberikan kerajaan kepada rakyat marhain ini, bahkan perlu juga dikurniakan sekali dengan mesin gula-gula tersebut. Trend Ekonomi Proksi Kerajaan Rakyat perlu sedar bahawa trend ekonomi Negara adalah di dalam sisi parah. Cuba perhatikan kenaikan harga rumah begitu cepat berbanding kenaikan gaji yang begitu lembap. Ucapan tahniah kepada kerajaan pulau pinang yang menyedari hal ini lalu mengambil tindakan untuk membuat sendiri rumah mampu milik untuk rakyat pulau pinang yang sebenarnya tugas dan portfolio ini milik kerajaan pusat. Sepatutnya kerajaan negeri hanyelah menyediakan tapak tanah sahaja. Walaubagaimanapun, credit to lim guan eng… Malahan, rebat yang diumukan kerajaan adalah berunsur sementara dan tidak menyeluruh. Meskipun mahasiswa diberi rebat RM200 untuk membeli telefon pintar, para usahawan eletronik masih lagi mampu untuk menaikkan harga telefon tersebut. Keadaan still menjadi sama. Yang kaya semakin kaya, yang miskin papa kedana. Dilema Mencari Dana pena ingin berkongsi bersama sahabat sekelian berkaitan wang Negara dan apa kaitan dengan wang kertas Negara kita yang baru. Ramai yang beranggapan bahawa pertukaran wang Negara kita dari yang lama kepada yang baru adalah suatu usaha transformasi dari kerajaan parti pemerintah. Akan tetapi, semua sangkaan ini meleset apabila pena telah didedahkan oleh seorang ex-banker yang menceritakan keadaan ekonomi Negara yang membarah di kala ini. Design baru fiat money kita dibuat atas dasar sumber kekayaan Negara yang telahpun kehabisan. Apakah faktornya??? 1. Lambakan fiat money dalam negara 2. Kekayaan Negara sudah kehabisan 3. Pengamalan riba’ dalam tijarah Bahkan dilaporkan, wang Negara yang baru ini tidak valid di luar Negara. Hal ini adalah kerana kerajaan telahpun mengaburi kemiskinan Negara dengan mencetak wang baru yang hanya sah diperakukan untuk kegunaan domestic sahaja. Kesimpulan Ini hanyalah sedikit sahaja yang sempat diintai oleh seorang cendekiawan sarjana muda quran sunnah. Kalu mahu dirobek, tentu pelbagai ‘monumen-monumen pelik’ bakal ditemui. Pena merasakan terpanggil untuk menulis perkara sebegini walaupun ianya sekecil zarah dengan harapan dapat membuka mata dan pancaindera sahabat yang lain tentang kedudukan ekonomi Negara sebenarnya. Nukilan istimewa: (10/10/2012 11.20 pm) CHE FAIZUL AZHAR BIN CHE MAT MAHASISWA FAKULTI QURAN SUNNAH USIM DQ

No comments:

Post a Comment