Saturday, March 30, 2013

anda punya kuasa!!!!

“ Ya Allah, suntikkanlah ikhlas dalam setiap amal ibadah ku…seandainya diri ini lalai dari landasan taqwa, luruskan langkahku…agar bisa jasad ini menapak di permaidani syurga MU…” Muqadimah Bicara Saban hari kehidupan ini memerlukan manusia itu bergerak balas terhadap reaksi. Proses perjalanan kehidupan seseorang insan pastinya bermula di saat ia dilahirkan sehinggalah rebah tersungkur di liang lahad. Manusia yang menggunakan minda yang positif, maka tindakan yang terhasil sudah tentu adalah baik pada nilaiannya. Manakala jika negatif mindanya, maka berlainanlah pula natijah yang diterima. Jika diajukan pertanyaan kepada mana-mana manusia sekalipun, mereka pasti menginginkan kehidupan mereka adalah yang terbaik. Malahan, bagi yang beragama Islam, mereka cukup teruja untuk melakukan sesuatu perkara itu sebagai ibadah. Jika direnung dan diamati, beruntung sangat umat Islam kerana mereka bisa melakukan sesuatu pekerjaan dengan dua tujuan. Misalnya, di samping seseorang guru itu memenuhi tugas hakiki bagi menyara kehidupan di dunia moden ini, beliau juga boleh mengambil kesempatan dengan meletakkan ikhlas pada sisi pandangan Allah berasbabkan natijah pengajaran tersebut bakal mengkaderkan cendekiawan pada masa kelak. Bahkan apa jua pekerjaan sekalipun akan dianggap ibadah selagi mana tindakan yang diambil tidak bercanggahan dengan syariatullah dan di niatkan kerana Allah Rabbul Jalil. Merungkai Tabir Minda Insani Allah Taala telahpun mengingatkan manusia agar berubah daripada semangat jahiliah kepada idealisme kebenaran. Malahan, Islam yang syumul pada sifatnya ini telahpun menyiapkan beribu lebuhraya sebagai panduan kepada hambanya bagi menuju sabilul mustaqim. Buktinya begitu jelas, al-Quran diturunkan sebagai referens terbaik seluruh zaman. Tambahan lagi, diutuskan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan role model yang bisa mengajar di kala kegelapan menyelubungi kehidupan. Sekiranya ummah kini mengambil kesempatan terhadap nikmat yang terhidang, pasti ummah Islam yang bergelandangan di sisi maksiat akan berhijrah mencari butir-butir mutiara hikmah Islam . Tetapi inilah kehidupan. Setiap manusia itu dilengkapi dengan iman dan juga nafsu. Suatu analogi yang cukup menarik: “kita hanya mampu membawa seekor kuda berjalan menuju ke sebatang sungai, tapi kita tidak mungkin boleh mengarahkan ia untuk meneguk air.” Semuanya terletak kepada diri kita sendiri. Kitalah yang mencorakkan masa depan kita sama ada kabur ataupun diterangi dengan cahaya nur keimanan. Jika minda itu dirempit semaksima yang mungkin berlandaskan hukum-hakam ukhrawi, impak yang terhasil bisa mencetuskan positive thinking serta persepsi yang baik bagi setiap hari yang mendatang. Namun apakah kita mengerti kaitannya thinking style dengan otak seseorang manusia? Dan apakah itu otak? Ayuh kita bincangkan ianya bersama. Otak manusia dianggap sebagai suatu sistem biologi yang sangat kompleks. Dianggarkan 10 billion neoron atau sel saraf otak orang dewasa. Kebiasaannya otak manusia ini kelihatan seperti gumpalan keju yang mempunyai berat secara puratanya sebanyak 1.5 kilogram. Kerapkali diperkatakan bahawa manusia hanya menggunakan sepuluh peratus sahaja daripada kemampuan otak atau kurang daripada itu. Sebenarnya kemampuan dan potensi otak manusia amat luas lagi daripada apa yang kita jangkakan. Saya diajar berfikir begini kepada diri saya; "Saya adalah dua kali ganda lebih baik daripada apa yang difikirkan." BERFIKIR BESARLAH APABILA ... 1. Orang-orang kecil cuba memperkecilkan anda 2. Perasaan “Saya tidak memilki apa yang diperlukan” meresap ke dalam diri anda 3. Pertikaian dan pertengkaran nampaknya tidak dapat dielakkan 4. Anda merasa telah dikalahkan 5. Kemesraan mula pudar 6. Anda merasa pencapaian kerja anda menurun Sedar atau tidak, sebuah software telahpun di installkan di dalam unit system ini iaitu perisian FRONTAL LOBE (chief of brain). Peranannya yang cukup dominan telahpun berfungsi mengakses dan memutuskan keputusan yang dibutuhkan oleh seseorang insan itu dengan nilaian rasional dan positif. Pernah atau tidak saudara menerima galakan untuk bersujud dengan lebih lama untuk beberapa kepentingan? Pernah bukan? Tahu atau tidak bahawa ianya ada kaitan dengan perisian yang sedang kita perbincangkan ini. Bersujud dengan lebih lama ataupun dengan kekerapan yang berulang akan mengalirkan darah ke bahagian otak yang bernama Frontal lobe yang agak sukar menerima aliran darah dan ini sekaligus telah mengaktifkan fungsi software Frontal Lobe. Menyingkap Gelombang Elektron Positif Memetik kata-kata yang cukup berinspirasi, “hikmah itu adalah keciciran orang mukmin. Barang siapa yang menjumpainya, maka beruntunglah.” Saya suka untuk mengajak kalian untuk menguruskan gaya kita berfikir agar kita menemui hikmah disepanjang ruang kehidupan ini. Gaya berfikir ini penting kerana ia mencorakkan gaya personality kehidupan seseorang itu. Berapa kerap anda hadir ke kelas dengan senyuman yang ceria dan dengan tidak semena-menanya ramai kawan dan sahabat anda menyapa anda dengan suasana yang riang ceria? Dan pernahkah anda melihat seorang guru yang inginkan respon dari muridnya menerusi pertanyaan soalan tetapi menggunakan memek muka yang bengis lalu tiada seorang pun yang memberikan respon? Kesemua itu ada jawapannya. Ayuh kita mulakan bicara gelombang pemikiran positif. Hakikatnya, otak manusia menghasilkan gelombang yang berfungsi dalam apa jua aktiviti. Sama ada gelombang positif ataupun negatif, gelombang ini akan terpancar keluar daripada minda kita. Gelombang yang keluar akan menarik tenaga yang sama seperti gelombang tersebut. Bahagian yang bertanggungjawab menyebarkan gelombang ini dipanggil Reticular Cortex (RC). RC adalah satu bahagian dalam otak manusia yang berfungsi sebagai penerima dan pemancar gelombang yang terhasil daripada minda kita. Kita dapat mempengaruhi dan juga dipengaruhi oleh orang lain kerana RC sentiasa menerima dan memancarkan gelombang yang ada dalam minda. Gelombang positif yang lebih kuat akan mempengaruhi kita menjadi positif dalam apa jua tindakan seharian. Ringkasnya, sesuatu yang sama saling menarik. Semakin banyak gelombang positif dikeluarkan, semakin banyak tenaga positif ditarik oleh manusia. Begitulah sebaliknya. Ketahuilah, sesungguhnya kita sedang menarik sesuatu bagi setiap apa yang kita fikirkan. Orang yang berfikiran positif biasanya berkawan rapat dengan mereka yang positif. Orang yang bersikap negatif pula lazimnya mempunyai ramai kawan baikyang bersikap sama sepertinya. Malahan orang yang ceria juga akan dikelilingi oleh orang yang sama perasaannya. Dan orang yang pendiam juga akan dikelilingi dengan rakan-rakan yang pendiam. Tahukah saudara, kenapa situasi ini bisa berlaku? Ini adalah kerana gelombang yang dihasilkan oleh minda seseorang itu. Realisasikan Impian Anda Setiap insan mempunyai impian mahu berjaya dan bahagia. Namun, bukan semua yang mencapai kebahagiaan dan kejayaan tersebut. Kejayaan dan kebahagiaan seseorang bergantung kepada cara kita berfikir, berperasaan, dan bertindak. Tindakan yang positif membawa kesan yang positif. Sebaliknya pemikiran, perasaan, dan tindakan yang negatif membawa kegagalan bagi mencapai impian-impian dalam hidup. Betulkan cara kita berfikir, nescaya perasaan kita juga turut menjadi positif. Apabila kita sentiasa memilih mahu brfikiran dan berperasaan positif, insya Allah tindakan kita turut menjadi positif. Semua ini menyumbang kepada kejayaan kita mencapai impian bagi Berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. Kesemua teori yang diperbincangkan di atas hanyalah sekadar motivasi dan galakan kepada rakan-rakan pembaca sekelian. Ianya akan menjadi lebih bermakna sekiranya teori di atas diaplikasikan dalam kehidupan kita agar berubah menjadi kehidupan yang lebih berharga. Bertepatan dengan firman Allah Taala yang mafhumnya bermaksudnya: “sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu sehinggalah mereka mengubahnya dengan sendiri” (surah ar-ra’d ayat 11) Ayat ini menjelaskan tentang kuasa tindakan. Ia mendidik kita supaya berusaha bagi mengubah keadaan diri. Ia memerlukan tindakan dan bukan hanya berdoa dan bertawakal kepada tuhan semata, kerana Tuhan sendiri tidak akan mengubah orang yang tidak mahu berubah. Kajian menunjukkan sesuatu yang dilakukan selama 21 hari ataupun lebih, menjadi tabiat lalu menjadi sikap, sekiranya dibuat dengan disiplin dan penuh kesungguhan. Selamat beramal, moga anda berbahagia dan menempuh hari-hari mendatang dengan pemikiran yang positif dan mendapat ketenangan dari Ilahi. Salam INTRAC CONSULTANCY dari Prof. Dr. Sayuthi Junior.. “ WANT WORK WELL ” INTELLECTUAL TRAINING AND CONSULTANCY (INTRAC) faizal.intrac@gmail.com