Tuesday, June 19, 2012

NERACA idupppp.....

Salam sejahtera kepada kalian penyeri alam maya…sudah lama tidak bertemu… Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kita kembali bertingkah di pencak modenis ini…apa khabar kalian? Harapanku agar semua dalam sihat hendaknya. Masa kian berlalu meninggalkan manusia dalam arus deras. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mengharungi lautan dunia ini dengan keimanan kepada Allah Azza Wa Jal. Maka amatlah rugi bagi mane2 ummat yang menongkah dunia dalam keadaan yang lalai dari mengingati tuhan sekelian alam. Sahabat dan sahabiah penyeri dunia, Sesungguhnya kehidupan kita ini tidak berhenti di sini. Tidak ada ciptaan yang dijadikan oleh sang Pencipta dilakukan hanya untuk ‘memenuhi masa lapang’ seolah-olah tidak ada pulangan kepada si Kholiq. Jelas sekali penciptaan makhluk lebih-lebih lagi manusia itu mempunyai sebab musabab tersendiri. Mahu atau tidak, kite selaku hambe perlu kembali kepada tuhan Rabbul Izzati. Manusia itu akan diuji keimanannya kepada Allah. Manusia itu akan selalu diperhatikan oleh Tuannya. Marilah kita menyedari bahawa kita ini ada Tuannye. Siapakah Dia? Dia ialah Allah. Segala perbuatan kite akan direkodkan oleh Allah Taala sebagai suatu bukti pembalasan di hari perhitungan. Siapa yang berusaha ke arah kebaikan maka teranglah cahaya yang akan menyuluh di akhirat kelak. Tetapi jika manusia itu lalai,solat jemaah malas, baca quran dua tahun sekali, selalu riak, menentang golongan pendakwah dan berbagai lagi yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah, maka sebaliknya pula akan berlaku. Di dunia ini semua perkara telah pun terhampar di depan mata kita. Quran dah ade, hadis dah ade, ulama’ pun cerdik2, kelas tafaqquh pun berlambak, tunggu manusia itu saja yang nak pergi atau tidak. Sesungguhnya tarbiah itu sifatnya adalah ekslusif kerana hanya orang yang mencarinya sahaja yang terkesan dakwah dari tarbiah tadi. Satu analogi yang cukup mudah dari sifat tarbyah tadi ialah orang yang pergi mendengar kuliah sahaja yang mendapat manfaat isi-isi ceramah dari tuan guru. Akhir-akhir ini, manusia ini sering manjadikan Islam sebagai sasaran untuk dipersalahkan dek kerana rasa kosong jiwanya dari penghayatan Islam. Bahkan tidak kurangnya yang menjadikan golongan pendakwah sebagai tempat untuk segelintir manusia melemparkan cacian dan makian dek kerana bertingkah mazmumah. Sedarlah wahai kalian, Semua benda telahpun ditetapkan oleh Allah. Jiwa kita kosong, hidup tidak ade penghayatan adalah kerana berpunca dari kita sendiri. Macam mana kita nak rase roh islam sedangkan kita sendiri pun lari dari cahaya Allah. Selangkah kita meninggalkan Allah, maka lebih jauhlah kita dari sinar tuhan. Penghabisan hidup kita akan ditemani dengan saat kematian. Cubalah bayangkan di saat yang sepi itu, kita yang melihat sekumpulan orang yang sedang membaca Yaasin, memandikan tubuh kaku kita, mengafankan dengan kain putih membaluti tubuh sehinggalah kita dibawa menuju ke dalam liang lahad. Tujuh langkah orang yang terakhir meninggalkan kubur kita maka bersedialah dengan kehadiran malaikat si Penanya. Kehidupan yang baik akan menemui kejayaan tetapi yang buruk akan menyimpang kepada keazaban. Apakan daya kita jika Allah tidak mengizinkan kita untuk mati dalam iman??. Apakan daya kita jika Allah tidak berkenan kita untuk selesa hidup di dunia mahupun di hari akhirat?? Jauhilah dari perangkap syaitan yang mudah untuk berpuas hati dengan sedikit amalan yang kita lakukan bagi meraih simpati dati tuhan rahmat sekelian alam. Sebaliknya selalulah kita menambahkan amalan agar hidup diredhai oleh Nya. Dunia tidak ada sebarang makna jika tidak di saluti dengan iman. Kehadiran iman akan memberkati segala urusan hidup. Usahlah leka denga tipuan dunia yang melaghokan. Jesteru, marilah kita bersama untuk mencari kasih dan sayang Allah, semoga kehidupan kita akan sentiasa dilihart dan diperhatikan dengan cinta dari Ilahi…Takbir!!!! ( nukilan seusai solat maghrib selepas ifthor ngan adik2 DQ pd 1 Jun )